KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menghentikan amalan menggunakan hasil dan dividen daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk menampung perbelanjaan operasi kerajaan. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan tersebut bertentangan dengan tujuan asal penubuhan GLIC yang sepatutnya berfungsi penjana kekayaan jangka panjang bagi rakyat, bukannya sebagai ‘penyelamat fiskal’ kerajaan. “Bagi tahun 2026 sahaja, kerajaan terus bergantung dengan bayaran dividen sebanyak RM20 bilion daripada Petronas. Selain itu Petronas juga membiayai…