KUALA LUMPUR: Tiada isu berbangkit berhubung Rang Undang-undang (RUU) yang diluluskan di Dewan Rakyat tanpa dirujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK). Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, RUU yang tidak dibawa ke JKPK sebelum diluluskan tetap sah dan teratur kerana pembentangan kepada jawatankuasa itu bukan sebahagian daripada proses meluluskan undang-undang. Katanya, pembentangan kepada JKPK hanyalah sebagai platform rasmi bagi kementerian mendapatkan maklum balas awal…