PARLIMEN: PN tawar bantuan RM6,000 setahun, pendidikan percuma untuk golongan rentan - Utusan Malaysia

PARLIMEN: PN tawar bantuan RM6,000 setahun, pendidikan percuma untuk golongan rentan

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) yakin kedudukan fiskal negara mampu memperkenal Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sehingga RM6,000 setahun atau RM500 sebulan kepada isi rumah yang memerlukan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, cadangan tersebut berbeza dengan bantuan bersyarat dan terhad seperti skim Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang mengekang pilihan rakyat.

“PN akan memberikan kebebasan kepada rakyat untuk menentukan sendiri perbelanjaan mereka di mana dan apa yang mereka perlukan,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, katanya lagi PN turut menawarkan pendidikan percuma di peringkat pra-siswazah kepada semua golongan rentan dan yang memerlukan, terutamanya penerima BPN.

“PN juga akan memastikan mana-mana pelajar yang layak mengikut merit akan diberikan biasiswa bagi menyempurnakan pengajian ijazah pertama dalam bidang strategik.

“Pada masa yang sama, autonomi kepada institut pengajian tinggi awam akan diperluaskan melalui Tabung Endowment khususnya membabitkan research university,” katanya.

Katanya lagi, hal sama membabitkan sektor pendidikan dimana PN memberi perhatian dalam sektor tersebut kerana menyifatkan ia sebagai tiang seri kepada tamadun bangsa.

“Kerajaan memperuntukkan lebih RM66 bilion kepada Kementerian Pendidikan dan RM16 bilion kepada Pendidikan Tinggi dalam Belanjawan 2026, tapi walau sebesar mana pun angka itu, persoalan pokoknya tetap sama, ke mana arah pendidikan kita?

“Kerajaan menyebut tentang ‘peranti pintar’, tetapi tiada pelaksanaan pendidikan digital yang jelas. Digitalisasi pendidikan bukan soal alat, ia soal ekosistem. 

“Tanpa pelan menyeluruh yang menggabungkan kemahiran digital, AI, dan analitik data dalam kurikulum, kita akan terus tertinggal di belakang negara jiran.

“Barangkali inilah jua, yang mendorong kritikan dan teguran keras Yang Berhormat Pandan ke atas Yang Berhormat Menteri Pendidikan,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN