KUALA LUMPUR: Penyelesaian konflik dan pertikaian antara negara ASEAN termasuk keganasan di Myanmar perlu diselesaikan menerusi keterlibatan secara membina (constructive engagement). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rangka kerja tersebut menumpukan konsep ‘ASEAN Centrality’ dengan memperkukuh aspek diplomasi, rundingan terbuka, kerjasama ekonomi dan dialog politik Katanya, amalan constructive engagement antara negara anggota ASEAN juga secara tidak langsung dapat mengelakkan pertikaian yang boleh memusnahkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kestabilan serantau.…