KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengemukakan tiga cadangan dalam menangani isu buli di sekolah. Antara cadangan tersebut adalah meluluskan dana khas bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di semua sekolah seluruh negara. Katanya, alasan kekangan kewangan tidak seharusnya dijadikan penghalang dalam isu melibatkan keselamatan pelajar. “Saya pergi shopping sekejap je, DIY. CCTV RM50 satu unit. Kalau nak canggih sedikit, gunakan tenaga solar, RM200. Kalau satu…