PARLIMEN: KDN perlu beri penjelasan isu pemain Harimau Malaya

PARLIMEN: KDN perlu beri penjelasan isu pemain Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan penjelasan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen kewarganegaraan tujuh pemain bola sepak naturalisasi negara.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu timbul susulan laporan bahawa Persekutuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat permohonan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk mendapatkan pengesahan kelayakan tujuh pemain naturalisasi berdasarkan Perkara 19.

“FAM telah membuat permohonan kepada FIFA bagi tujuh pemain yang diberikan kewarganegaraan Malaysia, yang kononnya memenuhi syarat di bawah Perkara 19, seperti mempunyai datuk warganegara Malaysia dan dilahirkan di negara ini.

“Tetapi apabila FIFA menerima aduan rasmi daripada Vietnam dan membuat semakan, mereka mendapati dokumen yang disertakan adalah palsu. Pemalsuan itu dikatakan melibatkan pengesahan rasmi daripada JPN,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 di sini hari ini.

Sebelum ini, dalam laporan rasmi ‘Notification of the Grounds of the Decision’, Jawatankuasa Tatatertib FIFA menjelaskan hukuman itu dikenakan susulan pelanggaran di bawah Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA membabitkan pemalsuan serta pengubahsuaian dokumen rasmi.

Siasatan mendapati beberapa dokumen sokongan yang dihantar oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) termasuk sijil kelahiran datuk dan nenek pemain mengandungi butiran yang tidak sepadan dengan rekod asal di negara kelahiran sebenar pemain berkenaan.

Susulan itu, FAM sudah mengemukakan rayuan untuk mencabar dakwaan FIFA yang akan dikeluarkan pada 30 Oktober ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN