KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima 35 aduan berhubung pelaksanaan program Budi Madani RON95 (BUDI95). Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, kebanyakan aduan berkaitan gangguan sistem di pam stesen minyak, khususnya pembaca kad yang gagal mengesan cip MyKad pengguna. “Setakat ini, kami menerima 34 aduan berkaitan penggunaan BUDI95. Siasatan oleh pihak KPDN mendapati terdapat dua punca utama…