SEREMBAN: Negeri Sembilan muncul sebagai negeri pertama berjaya melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) secara menyeluruh di semua sekolah. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, kempen itu merupakan inisiatif dibawah kementeriannya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang dilancarkan pada Januari tahun ini. “Setakat 8 Oktober 2025, sebanyak 4,511 sekolah di seluruh negara telah menyertai program KIS, merangkumi 3,225 sekolah rendah, termasuk 2,601 Sekolah Kebangsaan (SK), 391 Sekolah Jenis…