Melaka rekod 758 pesakit mental

Melaka rekod 758 pesakit mental

Ngwe Hee Sem merasmikan sambutan Hari Mental Sedunia Peringkat Negeri Melaka 2025 di SMK Bukit Rambai, Melaka. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka merekodkan seramai 758 pesakit mental sejak 2021 hingga Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, seramai 158 pesakit tidak lagi menerima rawatan di Hospital Melaka tetapi masih meneruskan rawatan di beberapa klinik kesihatan di negeri ini.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 48 peratus mengidap depresi atau kemurungan, keresahan melampau atau anxiety disorder (24 peratus) dan schizopherenia (18 peratus).

“Bagaimanapun di Melaka kes pesakit mental tidaklah begitu serius jika hendak dibandingkan dengan beberapa negeri lain. Walaupun topik berkaitan sakit mental dan isu bunuh diri dianggap sensitif serta menimbulkan rasa tidak selesa, namun kita tidak boleh terus berdiam diri.

“Kita perlu berani menangani isu ini secara terbuka dan membuang jauh stigma yang membelenggu agar mereka yang terkesan tampil mendapat sokongan dan rawatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Mental Sedunia Peringkat Negeri Melaka 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rambai di sini, hari ini.

Hee Sem berkata, semua klinik kesihatan di negeri ini menyediakan saringan kesihatan mental dan pemeriksaan klinikal awal serta dinilai oleh pegawai perubatan.

Selain itu katanya, kaunseling asas dan intervensi psikososial ringan turut dijalankan dikendalikan pegawai psikologi atau kaunselor.

Di hospital pula katanya, menyediakan rawatan pakar psikiatri dan perubatan mental khusus untuk kanak-kanak dan remaja, geriatrik, neuropsikiatri, forensik dan penyalahgunaan bahan.

“Mereka ini jika dinilai hingga terpaksa mendapatkan rawatan pakar barulah pesakit ini akan dirujuk ke hospital,” katanya.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) juga menyediakan platform saringan kendiri seperti MyMinda dalam aplikasi MySejahtera dan saringan kendiri dalam portal Mentari untuk mengenal pasti risiko awal serta akses awal bantuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN