JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan melaksanakan satu kajian menyeluruh bagi menilai semula tahap keselamatan bangunan-bangunan sedia ada sebagai persediaan menghadapi situasi gempa bumi. Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad berkata, kajian itu akan melibatkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan lain, institusi pengajian tinggi dan pakar berkaitan lain. “Susulan kejadian gempa bumi berskala lemah dan sederhana yang dilaporkan berlaku di Segamat baru-baru ini, kita diingatkan bahawa…