KOTA BHARU: Mayat seorang lelaki yang dipercayai warga asing dijumpai dalam keadaan reput dengan dibaluti selimut di tepi Sungai Kelantan, dekat belakang Masjid Jamek Muhammadi, di sini semalam. Lelaki yang disyaki meninggal dunia dalam anggaran tempoh lima hingga tujuh hari itu ditemukan orang awam di kawasan tersebut kira-kira pukul 10.20 malam. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, mangsa yang belum dapat dikenal pasti kewarganegaraannya itu…