MELAKA : Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyalurkan hampir RM25 juta sepanjang tahun ini bagi memperkasa usahawan Bumiputera di Melaka, dengan tumpuan utama kepada pembangunan usahawan wanita menerusi latihan, bimbingan, khidmat nasihat dan akses pasaran. Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, berkata peruntukan itu memberi manfaat kepada hampir 1,000 usahawan wanita, sekali gus memperkukuh peranan golongan tersebut sebagai tenaga penggerak ekonomi negara. “Wanita bukan sahaja tonggak keluarga malah turut menjadi…