POKOK SENA: Bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini menurun kepada 91 orang daripada 26 keluarga sehingga pukul 6 petang ini. Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd. Zain berkata, jumlah itu berbanding 200 orang yang dipindahkan sejak semalam disebabkan kediaman mereka dilanda bah. Katanya, kebanyakan mangsa dari Kampung Temusu dan Kampung Pulau Nyor di Mukim Tualang dan Derang…