KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib menyambut baik langkah pengarah, Erma Fatima yang membangunkan platform digital sendiri.
Azmir dalam kenyataan berkata usaha tersebut wajar dicontohi penggiat drama dan filem tanah air.
“Finas menyokong inisiatif Erma. Platform digital, Karya Reels yang dimajukan beliau akan menjana pendapatan selain membolehkan filem dan drama dihasillan terus ditonton masyarakat.
“Ini bertepatan dengan pindaan akta finas yang mengutamakan pembangunan industri drama dan perfileman ke arah modul perniagaan baharu.
“Usaha itu juga bertepatan Dasar Filem Negara yang menekankan aspek pemilikan dan hak cipta harta intelek (IP),” katanya kepada Utusan Malaysia.
Erma atau Fatimah Rahmad Ali memajukan platform berkenaan selepas berdepan pengalaman pahit apabila hasil kerjanya disekat daripada tayangan.
Kata Erma, platform berkenaan membolehkan beliau berkongsi mesej dan cerita tanpa perlu berdepan kekangan penapisan.- UTUSAN