Darah Zara Qairina pada helaian kertas

Darah Zara Qairina pada helaian kertas

Nor Aidora Saedon
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ahli Kimia daripada bahagian Forensik DNA, Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan bahawa kesan comot pada sehelai kertas adalah kesan darah pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Saksi inkues ke-18, Nor Aidora Saedon yang pernah memberi keterangan dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin turut mengesahkan kesan yang ditemukan pada sehelai kertas yang ditandakan sebagai Y1 juga adalah darah remaja terbabit.

Dapatan itu diperolehi selepas membuat analisis pemprofilan asid deoksiribonukleik (DNA) dengan menggunakan teknik Polymerase Chain Reaction (PCR).

Pada 8 September lalu, saksi inkues kedua, pemeriksa dokumen daripada Jabatan Kimia Malaysia, Nurul Atiqah Mohd. Noh mengemukan 15 helaian kertas, empat buah buku nota dan dua buah buku teks yan digunakan untuk membuat perbandingan tulisan.

Salah sehelai kertas yang mengandungi tulisan yang sama dengan sampel tulisan Zara Qairina mempunyai kesan comot hampir di keseluruhan salah salu muka surat kertas itu dipercayai darah.

Pada muka surat yang tertulis tarikh 5/1/25 (ada kesan dipercayai darah) terdapat tulisan tangan antara lain menyebut: “Dengan (tulisan tidak lengkap) Bismillah, saya Zara Qairina binti (tulisan tidak lengkap) ingin memutuskan persahabatan (nama tidak jelas).”

Di bahagian belakang helaian yang sama pula tertulis perkataan “AKU RINDU KAMU’ dan contengan memenuhi muka surat tersebut.

Turut dikemukakan di Mahkamah ialah sebuah buku latihan yang tertulis nama `ZARA QAIRINA BINTI MAHATHIR’ yang mana di bahagian ‘PERKARA:’ tertulis perkataan `Pergi Mati’.

Terdahulu, Nor Aidora memberitahu ada pukul 7.05 malam, 11 Ogos lalu, beliau menerima 37 barang bukti, termasuk pakaian, barang peribadi, buku, lembaran kertas dan beberapa spesimen seperti tulang, kuku dan putik kapas dengan kesan darah daripada seorang pegawai polis.

Pada pukul 8.28 pagi, 20 Ogos lalu, Nor Aidora memberitahu beliau menerima sebuag beg berisi helaian kertas bertanda 8 daripada seorang lagi pegawai polis dan pada pukul 215 petang, hari yang sama saksi berkenaan memberitahu telah membuat pemeriksaan terhadap helaian kertas bertanda Y1 dengan kehadiran Nurul Atiqah.

“Saya telah memeriksa kertas bertanda “Y1” dan mendapati kertas “Y1” dan kertas “Y8” adalah saling melengkapi (complementary fit) di antara satu sama lain.

“Satu profil DNA perempuan telah diperoleh daripada kesan darah pada kertas “WK15(9)(a)”, “Y8” dan “Y1” serta kesan DNA surih pada buku “WK13” yang berpadanan antara satu sama lain.

“(Ia) berpadanan dengan profil DNA yang didapati daripada spesimen tulang “WK37” berlabel “ZARA QAIRINA BINTI MAHATHIR”. Ini menunjukkan bahawa DNA yang dikenal pasti berasal daripada individu yang sama,”kata saksi itu ketika membaca penyataan saksinya.

Prosiding bersambung petang ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN