KUALA LUMPUR: Perbelanjaan subsidi yang dikenakan kepada perbelanjaan (Vot) mengurus pada 2024 mencatatkan RM41.939 bilion iaitu penurunan sebanyak RM7.251 bilion atau 14.7 peratus berbanding RM49.190 bilion pada 2023. Berdasarkan Analisis Kewangan Kerajaan Persekutuan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 yang dibentangkan hari ini, penurunan ketara itu adalah hasil pelaksanaan penyasaran semula subsidi oleh kerajaan Persekutuan. “Daripada jumlah subsidi tersebut, perbelanjaan tertinggi adalah bagi produk petroleum dengan RM34.906 bilion atau…