Lepasan SPM digalak lanjut pengajian di KPYPJ

Lepasan SPM digalak lanjut pengajian di KPYPJ

AZNAN Tamin (kanan) menanam pokok bunga sambil diperhatikan Mohd. Fahmi Salam (kiri) di Kampus KYPJ, Kota Tinggi. -UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Lepasan sekolah terutamanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) digalakkan melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang yang ditawarkan di Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, lepasan sekolah, khususnya anak Johor amat dialu-alukan melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan sijil di KPYPJ.

“KPYPJ menawarkan pelbagai bidang pengajian peringkat sijil dan diploma. Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) turut menyediakan pinjaman dan bantuan kepada para penuntut, selain di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), pelbagai bidang turut ditawarkan di Kolej Kemahiran Johor (KKJ),” katanya.

Sempena Majlis Konvokesyen KPYPJ Ke-26 yang dijadualkan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Sabtu ini, Aznan turut melawat dan meninjau persediaan majlis itu semalam.

Sempena lawatan itu, Aznan turut meluangkan masa menanam pokok bunga hiasan di kawasan Kampus KPYPJ berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat berkata, sebagai institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri, pihaknya sentiasa menyokong pelbagai usaha KPYPJ melahirkan modal insan yang berilmu dan berkemahiran dalam pelbagai bidang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Mohd. Fahmi Salam berkata, beliau menghargai sokongan diberikan kerajaan negeri kepada KPYPJ termasuk menyediakan peruntukan bagi membaik pulih dewan, peralatan dan infrastruktur yang lain demi keselesaan para penuntut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×