PETALING JAYA: Dadah disyaki jenis syabu seberat 150 kilogram bernilai kira-kira RM3.3 juta dirampas selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki seorang lelaki ditinggalkan berhampiran Plaza Tol Damansara, di sini pada Isnin lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Pasukan Peronda Lebuhraya (EMPV) Zon Tengah A1 mengarahkan sebuah MPV jenis Maxus berwarna hitam berhenti di Kilometer 18 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan kerana dilihat dalam keadaan mencurigakan.…