KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an ditahan selepas merosakkan kenderaan rasmi milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu dalam kejadian di Pusat Niaga Paya Keladi, di sini, Rabu lalu. Pengarah JPJ Terengganu, Zamri Samion berkata, kejadian disedari kira-kira pukul 9.45 pagi ketika kenderaan tersebut diletakkan di kawasan tempat letak kereta Pusat Latihan ICT, Bangunan Pusat Niaga Paya Keladi, tempat kakitangan jabatan berkenaan menghadiri Kursus Pengurusan Aset. Katanya, hasil pemeriksaan…