Lebih 500 hadir penghormatan terakhir Mohamed Hashim - Utusan Malaysia

Lebih 500 hadir penghormatan terakhir Mohamed Hashim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 500 orang hadir di Masjid Khalid Al Walid Kementerian Pertahanan hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tun Dr Mohamed Hashim Mohd yang meninggal dunia hari ini.

Jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Khalid Al Walid, Kementerian Pertahanan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah, Sungai Besi malam ini.

Antara yang hadir menziarahi jenazah termasuk  Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar barisan panglima perkhidmatan serta bekas-bekas panglima ATM.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 88 tahun sekitar pukul 11.52 pagi, hari ini.

Beliau yang dilahirkan di Ipoh, Perak merupakan antara anak tempatan yang mendapat latihan di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom.

Sebelum kembali ke tanah air dan ditauliahkan ke dalam kor Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 1955.

Sepanjang perkhidmatan, beliau diberi kepercayaan memegang beberapa jawatan utama seperti Panglima Rajang Security Command (RASCOM), Panglima 2 Divisyen dan Panglima Tentera Darat, sebelum dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera kesembilan dari tahun 1987 hingga 1992.

Markas ATM memaklumkan, Allahyarham dikenang sebagai pemimpin yang membawa perubahan besar terhadap hala tuju pertahanan negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN