SEPANG: Lebih 200 orang awam berkumpul di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini malam ini bagi menyambut 23 aktivis Malaysia yang terbabit dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF). Kumpulan aktivis itu dijangka tiba kira-kira pukul 10 malam ini. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati orang awam mula berkumpul di pekarangan Balai Ketibaan seawal pukul 7.30 malam bagi menyambut dan memberi sokongan terhadap aktivis GSF. Turut…