PETALING JAYA: Larangan penggunaan rotan di sekolah oleh Kementerian Pendidikan adalah langkah yang berasaskan cara pendidikan Barat dan bukan berpaksikan kepada sistem pendidikan Islam. Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, larangan itu perlu dikaji semula supaya penggunaannya dilaksanakan dengan bijaksana dan terkawal selaras dengan keizinan Nabi Muhammad. Katanya, Rasulullah membenarkan umatnya menggunakan rotan untuk mendidik anak-anak, sama ada di rumah atau di sekolah. “Apabila…