Deepavali di Malaysia bukan sekadar perayaan cahaya, tetapi pesta jiwa yang membangkitkan rasa gembira dan kasih antara semua.
Setiap tahun, suasana meriah mula terasa seawal pagi. Bau kari dan muruku yang baharu digoreng memenuhi udara, muzik India berkumandang dari rumah ke rumah dan kain sari berkilau menyala di bawah sinaran lampu pelita.
Dari Klang ke Brickfields, setiap langkah dipenuhi warna, tawa dan cahaya harapan.
Indahnya tentang Malaysia, apabila Deepavali tiba semua bangsa turut bersinar bersama. Ia bukan sekadar sambutan, tetapi simbol persahabatan dan keindahan hidup yang dikongsi.
Apabila bercakap tentang gaya Deepavali, jenama tempatan kesayangan ramai Machino memang tidak pernah gagal mencuri perhatian.
Tahun ini, jenama itu hadir dengan dua rekaan eksklusif sempena perayaan penuh makna ini iaitu Harmony in Hana Saree Heels dan Keen in Hana Saree Flats.
Kedua-duanya hadir dalam rona merah jambu lembut dengan motif sari yang diinspirasikan daripada keanggunan tradisi India namun disulam dengan sentuhan moden yang membuatkan ia sesuai digayakan bukan hanya semasa Deepavali tetapi sepanjang tahun.
Harmony in Hana Saree Heels sesuai untuk wanita yang ingin tampil anggun tapi tetap playful.
Tumitnya cukup tinggi untuk beri keyakinan tanpa mengorbankan keselesaan.

Gayakan dengan skirt satin paras betis atau skirt berlipat warna krim untuk gaya lembut dan romantik.
Kalau mahu sedikit tradisional, padankan dengan kurti moden atau baju kurung minimal yang sederhana tetapi elegan.
Tambahkan subang berkilau dan beg kecil berkilat untuk penampilan yang menyerlah seperti bintang filem Tamil versi moden.
Bagi yang sukakan gaya lebih santai tetapi masih mahu nampak bergaya, Keen in Hana Saree Flats ialah pilihan sempurna.
Rekaannya memberi ilusi kaki lebih panjang dan warna merah jambu lembutnya mudah dipadankan dengan pelbagai warna pakaian.
Cuba gaya moden dengan seluar potongan longgar dan blaus sutera diselit kemas atau seluar linen bersama kemeja putih bersaiz besar.
Padankan dengan skirt denim panjang dan tudung pastel bagi penampilan fusion chic yang santai tetapi menawan untuk gaya kasual.
Kedua-dua rekaan ini membuktikan Machino bukan sekadar rekaan semata-mata, tetapi menceritakan kisah wanita Malaysia yang berani bergaya dengan identiti sendiri.
Walaupun koleksi ini sudah habis dijual dalam talian, masih sempat untuk mendapatkannya di bilik pameran di SS18 Subang Jaya.
Jadi, kalau mahu melangkah penuh keyakinan dan gaya sempena Deepavali ini, cepatlah ke sana sebelum saiz anda lenyap dari rak.
Deepavali ialah tentang cahaya, cinta dan sedikit kilauan untuk diri sendiri.
Tahun ini, raikan keindahan itu dengan langkah yang penuh gaya, kerana dengan Machino setiap langkah terasa seperti tarian kemenangan. Selamat Deepavali, semoga sinarnya terus menyinari hati dan gaya anda.-UTUSAN










