BUKIT MERTAJAM: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi tumpuan untuk memperkukuh aspek keselamatan pelajar dengan memastikan kesiapsiagaan pasukan perubatan di setiap penganjuran aktiviti sukan sekolah. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu dilaksanakan secara berterusan bagi menjamin keselamatan pelajar sepanjang penyertaan mereka dalam kejohanan sukan. Katanya, sejak awal lagi KPM turut menekankan kepentingan ibu bapa memaklumkan status kesihatan anak masing-masing yang terbabit dalam aktiviti sukan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. “Dari aspek…