Kes tikam di sekolah: Dia tidak menunjukkan kelakuan pelik - Bapa 

Kes tikam di sekolah: Dia tidak menunjukkan kelakuan pelik – Bapa 

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Remaja lelaki berusia 14 tahun yang ditahan polis selepas menikam seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini, tidak menunjukkan sebarang tanda luar biasa sebelum kejadian.

Bapanya ketika ditemui media mengakui hatinya remuk dengan perbuatan anaknya itu.

Lelaki berusia 40 tahun itu berkata, beliau tidak menyangka anaknya sanggup melakukan perbuatan sedemikian memandangkan anaknya seorang pendiam dan bersifat introvert.

“Hari itu bermula seperti biasa. Saya hantar dia ke sekolah pada waktu pagi dan dia tidak menunjukkan apa-apa kelakuan pelik.

 “Anak saya bukan pelajar cemerlang, tetapi dia juga bukan jenis yang suka buat masalah,” katanya lapor akhbar China Press.

Menurutnya, anaknya tidak pernah menyebut mengenai mangsa, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, sebelum kejadian tragis itu berlaku.

“Saya tidak tahu sama ada dia dibuli atau tidak kerana dia jenis yang tidak banyak bercakap. Walau apa pun yang berlaku, dia jarang berkongsi dengan saya,” jelasnya.

Lelaki itu berkata, dia sedar tiada sebarang permohonan maaf yang mampu menebus apa yang sudah berlaku.

“Saya tahu apa sahaja yang saya katakan sekarang tidak memberi sebarang makna.

 “Tidak kira apa yang saya lakukan, ia tidak akan mengembalikan anak perempuan mereka. Saya tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan keluarga mangsa,” katanya dalam nada sebak.

Dalam, kejadian kira-kira pukul 9.10 pagi semalam apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemukan dengan beberapa kesan tikaman pada badan di kawasan sekolah.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pelajar lelaki berusia 14 tahun yang juga rakan sekolahnya ditahan tidak lama kemudian bersama dua senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN