PETALING JAYA: Kerajaan akan terus memperkukuhkan pelaksanaan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di seluruh negara sebagai langkah untuk meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan penjawat awam. Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, PPAM ini membuktikan komitmen kerajaan MADANI dalam menjamin kesejahteraan rakyat seiring Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13. Katanya, setakat 26 Ogos lalu, sebanyak 803 daripada 36,984 unit kediaman penjawat awam telah siap…