IPOH: Ruang untuk anak-anak tempatan melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara terjamin, meskipun Malaysia menjadi destinasi utama pendidikan tinggi ASEAN. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan kemasukan kira-kira 170,000 pelajar antarabangsa, tanggungjawab untuk menyediakan peluang pendidikan mencukupi terletak di bahu kerajaan dengan mengutamakan warganegara. Beliau berkata, kerajaan berusaha memperluas peluang pengajian dalam negara, di samping membuka pintu-pintu pengajian di luar negara. “Saya lihat bila buka…