KUALA LUMPUR: Kempen Tabung Pahlawan (KTP) 2025/2026 setakat ini berjaya mengutip sebanyak RM1.095 juta. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kempen itu menjadi lambang keprihatinan rakyat terhadap jasa serta pengorbanan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempertahankan kedaulatan negara. Menurutnya, sasaran kutipan adalah sebanyak RM3 juta dan setakat ini wang yang dikumpul adalah hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta. “Kutipan tabung amatlah berguna kerana wang…