KUCHING: Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang meninggal dunia pada 8 Oktober lalu di Hospital Umum Sarawak (HUS) didapati positif Influenza A, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun, katanya punca sebenar kematian masih dalam siasatan lanjut oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Menjelas lanjut, KKM berkata siasatan awal mendapati pesakit mula mengalami demam panas pada 5 Oktober dan telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta pada 6 Oktober. Katanya dalam perjalanan…