PETALING JAYA: Keluarga peserta Global Sumud Flotilla (GSF), Norazman Ishak dan Dr. Taufiq Mohd. Razif masih menanti khabar mengenai status ahli keluarga mereka yang sehingga kini belum diketahui. Anak sulung Norazman, Abdul Aziz, 24, berkata, dia terputus hubungan dengan bapanya kira-kira pukul 5 pagi kelmarin. Dalam perbualan itu, bapanya sempat berpesan agar bersedia memikul tanggungjawab sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. “Saya ingat lagi dia cakap, kalau ada apa-apa…