SERDANG: Anak sulung Ketua Delegasi Malaysia dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleen to Gaza (TMTG) mengakui dia sudah menjangka kemungkinan kapal yang dinaiki ibu bapanya akan ditahan tentera Israel, namun tidak menyangka ia berlaku seawal pagi tadi. Shamil Mohd. Alauddin, 40, berkata beliau mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila kapal yang membawa kedua ibu bapanya dikesan tidak lagi bergerak menerusi aplikasi penjejak sejak semalam. Menurutnya, rasa…