Anwar zahir penghargaan kepada Turkiye bantu rakyat Malaysia

Anwar zahir penghargaan kepada Turkiye bantu rakyat Malaysia

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim kerajaan Turkiye atas bantuan yang diberikan dalam mempermudah urusan membawa keluar sembilan rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition-Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) dari Israel.

“Syukur ke hadrat Allah SWT, sembilan lagi wira dan wirawati kita selamat tiba di Istanbul, Turkiye,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Perdana Menteri berkata, kerajaan melalui Kementerian Luar di Istanbul akan memastikan segala urusan membawa pulang kesemua mereka ke tanah air berjalan lancar dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Kementerian Luar mengesahkan semua sembilan rakyat Malaysia itu telah dipindahkan keluar dari Israel dengan menaiki penerbangan Turkish Airlines TK6921 dan selamat tiba di Istanbul pada pukul 2.30 petang waktu tempatan (7.30 malam waktu Malaysia).

Misi kemanusiaan FFC x TMTG disertai kira-kira 150 aktivis dari 25 negara menggunakan sembilan kapal, termasuk Conscience dan Umm Saad, yang dipintas tentera Zionis ketika berada kurang 120 batu nautika dari Gaza pada Rabu lalu, sebelum ditunda ke Pelabuhan Ashdod dan kemudiannya dipindahkan ke Penjara Ketziot di Negev, Israel.

Lapan rakyat Malaysia yang menaiki kapal Conscience ialah Ketua Delegasi Malaysia, Prof. Emeritus Dr. Mohd Alauddin; Dr. Fauziah Mohd Hassan; Dr. Hafiz Sulaiman dan Dr. Ili Syakira Mohd Suhaimi.

Selain itu, Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh; Dr. Noorhasyimah Ismail; Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil, manakala seorang lagi doktor perubatan, Dr. Maziah Muhammad berada di atas kapal Umm Saad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN