Kebanyakan lelaki yang saya jumpa berkehendakkan sesuatu - Nor Albaniah - Utusan Malaysia

Kebanyakan lelaki yang saya jumpa berkehendakkan sesuatu – Nor Albaniah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Nor Albaniah Raffie memaklumkan tidak pernah tergesa-gesa untuk berkahwin semula meskipun sudah 31 tahun bergelar ibu tunggal.

Bahkan, menurut Pelakon berusia 55 tahun itu, dia sehingga kini belum menemui lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami.

“Setakat ini saya belum jumpa lelaki yang baik. Kebanyakannya berkhendakkan sesuatu. Ada yang baru kenal sudah berani sentuh tangan dan sebagainya

“Saya terkejut juga, kenapa berani sampai begitu sekali. Saya tak rasa mereka ini ikhlas nak menjaga saya,” katanya.

Nor Albaniah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelumba kereta, Allahyarham Sudarman Daud. Arwah bagaimanapun meninggal dunia pada tahun 1994 akibat kemalangan jalan raya.

Nor Albaniah dalam pada itu memaklumkan hatinya tidak pernah tertutup untuk berkahwin lagi. Namun, katanya belum bertemu lelaki yang

“Adalah juga berkenal-kenalan, tapi saya belum jumpa lelaki yang jujur. Kebanyakannya cuma nak ambil kesempatan,” kongsinya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN