KUALA LUMPUR: Penyertaan Timor-Leste sebagai anggota baharu ASEAN dapat memperkukuh ekonomi negara itu melalui potensi perdagangan dan pelaburan serta memanfaatkan pasaran besar serantau. Menteri Pelancongan, Perdagangan dan Industri Timor-Leste, Filipus Nona Pereira berkata, langkah itu menjadi titik tolak penting dalam mempercepatkan integrasi ekonomi dan pembangunan sosial rakyat Timor-Leste. “Kita tahu bahawa ASEAN mempunyai pasaran lebih 600 juta orang. Dengan penyertaan ini, Timor-Leste memperoleh lebih banyak peluang untuk mengembangkan perdagangan dan…










