Kalau jumpa, saya ambil tindakan - Liza Hanim sedia heret pembuli ke muka pengadilan - Utusan Malaysia

Kalau jumpa, saya ambil tindakan – Liza Hanim sedia heret pembuli ke muka pengadilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Liza Hanim tidak akan membiarkan, malah akan terus mengheret sesiapa sahaja yang melakukan buli siber keatas anaknya, Marsya Qistina ke muka pengadilan.

Tegasnya, dia tidak akan berkompromi atau bertolak ansur dengan pembuli yang terlalu selesa dengan perbuatan mereka di media sosial.

“Saya tidak bercakap kosong, Kalau jumpa, saya ambil tindakan.

“Ini amaran yang bukan sahaja untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga saya, malah sesiapa sahaja yang menjadi mangsa pembuli siber,” katanya.

Liza ditemui selepas konsert final program Talk To My Manager, semalam.

Penyanyi lagu Gelisah Mimpi itu dalam masa yang sama turut menjelaskan kenyataannya mengenai kes buli siber dalam satu wawancara sebelum ini telah disalah anggap ramai pihak.

“Netizen salah faham apabila video wawancara itu dipotong
pendek, membuatkan ramai yang menyangka saya telah pun memfailkan saman terhadap pembuli.

“Ingin saya jelaskan di sini bahawa saya belum menyaman sesiapa.

“Saya, menerusi wawancara itu hanya menerangkan tentang tindakan yang akan saya ambil jika wujud mana-mana individu yang melakukan buli siber terhadap anak saya,” jelasnya.

Dalam pada itu Liza juga menegaskan tidak akan ‘memberi muka’ kepada pembuli dan sedia mengambil tindakan tegas sebagai pengajaran bersama.

“Saya tidak akan bagi peluang kepada pembuli-pembuli ini membuat permohonan maaf dan sebagainya.

“Sebelum ini ramai rakan artis yang dibuli di media sosial, berdepan lagi serangan yang sama walaupun mereka memberi peluang kepada pembuli untuk memohon maaf.

“Pada saya, masalah buli siber ini tidak akan selesai jika tiada tindakan tegas dilakukan. Jadi kalau berlaku kepada saya atau keluarga saya, siap!” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN