‘Jika hendak buat, biarlah antara kita dan Tuhan sahaja’ - Utusan Malaysia

‘Jika hendak buat, biarlah antara kita dan Tuhan sahaja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Meerqeen, menegaskan bahawa pendiriannya dalam isu kemanusiaan, khususnya berkaitan Palestin, lahir daripada pegangan agama sebagai seorang Muslim, bukan semata-mata kerana tekanan sosial atau trend semasa di media sosial.

“Macam mana sekali pun, sebagai orang Islam, kasih dan sayang kita pada Palestin itu pasti datang dengan sendirinya, seperti kasih kepada saudara mara, itulah kelebihan kita sebagai orang Islam.

“Saya tidak mahu menilai cara orang lain bersolidariti, sama ada melalui media sosial atau tindakan di sebalik tabir, kerana yang penting ialah niat dan keikhlasan hati.

“Saya tahu mungkin ada yang tidak tunjuk di media sosial, tapi sebenarnya mereka tetap bantu. Sama seperti derma atau bersedekah, perkara yang tidak perlu pun ditunjuk.

“Jika hendak buat, biarlah antara kita dan Tuhan sahaja,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen,24 tindakan memboikot atau bersuara adalah hak individu, dan tidak wajar jika seseorang dipaksa untuk bertindak dengan cara tertentu semata-mata demi memuaskan pandangan orang lain.

“Bagi saya, sekarang ini semuanya bergantung kepada individu. Kalau dia hendak buat, dia buat. Jika tidak, tidak boleh marah dia.

“Mungkin dia ada cara lain untuk tunjuk sokongan. Yang penting, dia tahu pendirian dia ke arah mana iaitu ke arah Palestin, bukan rejim Israel.

“Kita Melayu, Islam, dan kita memang diajar untuk ke arah kebaikan, ke arah kasih sayang sesama manusia. Jadi tidak perlu hendak hasut atau paksa orang lain,” tegasnya.

Mengikuti perkembangan lain, Meerqen kini sedang mempromosikan filem terbaru yang bertajuk Klepet dijangka membawa nafas segar kepada penonton.

Klepet bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 27 November tahun ini menampilkan tiga pelakon popular iaitu Aedy Asyraf, Nadhir Nasar dan Meerqen yang diarahkan oleh Indra Putra (Sanji).

Kolaborasi unik antara komik UNDER 18 dan filem Klepet bukan sahaja menggabungkan dua dunia kreatif, malah mencetus fenomena baharu dalam penceritaan visual tempatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN