Jepun dan Amerika antara 2,854 pengamal media Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

Jepun dan Amerika antara 2,854 pengamal media Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

asean
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 2,854 pengamal media daripada 290 agensi tempatan dan antarabangsa telah berdaftar untuk membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Berkaitan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula 26 hingga 28 Oktober ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, daripada jumlah itu, 648 wakil media rasmi Malaysia, 327 media tempatan dan 1,277 media antarabangsa telah disahkan mendaftar setakat pukul 12.30 tengah hari tadi.

“Setakat ini, sebanyak 34 negara termasuk Malaysia telah menghantar wakil media, agensi dan wartawan masing-masing,” katanya selepas meninjau persiapan di Pusat Media Antarabangsa (IMC) dan Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) hari ini.

Menurut Fahmi, antara negara yang mencatat kehadiran wakil media tertinggi ialah Jepun dengan 314 pengamal media, diikuti Amerika Syarikat (181), Republik Korea (101) dan Filipina (68).

Sidang kemuncak bertemakan Keterangkuman dan Kemampanan itu akan menghimpunkan pemimpin tertinggi daripada 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialog utama termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan India.

Sidang kali ini dijangka menjadi acara terbesar dalam sejarah penganjurannya sejak kali pertama diadakan pada 1976 sekali gus mencerminkan keyakinan dan minat tinggi masyarakat antarabangsa terhadap kepimpinan Malaysia sebagai tuan rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN