Israel tiada hak halang misi Global Sumud Flotilla

Israel tiada hak halang misi Global Sumud Flotilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Israel tidak boleh menghalang misi Global Sumud Flotilla (GSF) kerana negara haram itu tidak mempunyai sebarang kuasa dan kedaulatan ke atas perairan wilayah Palestin yang bermula dari Jalur Gaza serta perairan antarabangsa.

Kementerian Luar dan Ekspatriat Palestin berkata, GSF mempunyai hak untuk melalui perairan antarabangsa dan Israel tidak sepatutnya mengganggu kebebasan misi tersebut yang telah lama diiktiraf di bawah undang-undang antarabangsa. 

Malah katanya, flotilla itu perlu dibenarkan melalui perairan wilayah Palestin bagi tujuan penghantaran bantuan kemanusiaan.

“GSF  adalah inisiatif aman diketuai orang awam dengan tujuan memecahkan sekatan tidak berperikemanusiaan dan haram yang dikenakan Israel ke atas Gaza untuk menghentikan kebuluran dan genosid yang berterusan.

“Justeru, Israel tidak mempunyai sebarang kuasa atau kedaulatan ke atas perairan wilayah Palestin yang bermula dari Jalur Gaza serta perairan antarabangsa,” katanya hari ini.

Katanya, Palestin menyeru masyarakat antarabangsa untuk memberikan perlindungan kepada semua sukarelawan GSF yang terlibat dalam menghantar misi bantuan 

Katanya, Palestin mengutuk serangan Israel terhadap GSF dengan menyifatkan tindakan berkenaan melanggar undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut dan prinsip kemanusiaan serta hak asasi manusia.

Selain itu, Palestin menyatakan kebimbangan serius terhadap keselamatan lebih 470 peserta flotilla yang kini dalam tahanan Israel.

Sebelum ini, 15 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi GSF disahkan ditahan tentera rejim Zionis setakat ini, selepas Israel bertindak memintas kapal misi itu di Laut Mediterranean.

Secara keseluruhan, sekurang-kurangnya 201 aktivis kemanusiaan dari 36 negara dilaporkan diculik oleh tentera Israel selepas misi GSF ke Gaza dipintas, tengah malam tadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN