PETALING JAYA: Masa depan perkhidmatan awam di rantau ASEAN perlu digerakkan melalui kerjasama rentas negara yang kukuh serta penerapan inovasi dasar bersesuaian dengan perubahan global. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, pendekatan berasaskan kepimpinan berwawasan dan keupayaan tindak balas adaptif diyakini menjadi kunci untuk memastikan sektor awam terus relevan dan berkesan dalam memenuhi keperluan rakyat di seluruh rantau ini. “Kita diingatkan bahawa tiada negara…