Ibu melecur, anak bawah pengaruh dadah bakar rumah

Ibu melecur, anak bawah pengaruh dadah bakar rumah

KEBAKARAN sebuah rumah di Kampung Seberang Kuak Hulu, Pengkalan Hulu yang dipercayai dilakukan anak pemilik rumah yang berada di bawah pengaruh dadah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Seorang lelaki yang berada di bawah pengaruh dadah ditahan selepas disyaki membakar rumah keluarganya di Kampung Seberang Kuak Hulu, Pengkalan Hulu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Superintenden Zulkepli Ibrahim berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada pukul 3.25 pagi tadi dan hasil ujian saringa air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine.

“Pada pukul 1.08 pagi tadi, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu melalui panggilan MERS 999 telah menerima maklumat kebakaran rumah di Kampung Seberang Kuak Hulu.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu dibantu BBP Baling, Kedah ke lokasi kejadian untuk operasi pemadaman dan berjaya memadamkan kebakaran pada pukul 2.30.pagi

“Dalam kejadian itu, seorang wanita berusia 66 tahun yang merupakan ibu suspek dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah bagi mendapatkan rawatan akibat kecederaan melecur dan memerlukan pembedahan segera,” katanya.

Menurut beliau, berdasarkan laporan awal pihak bomba, anggaran kerosakan kebakaran adalah sebanyak 65 peratus membabitkan kerosakan terhadap struktur rumah dan barangan peribadi.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, punca kebakaran dipercayai perbuatan khianat anak pemilik rumah yang disyaki berada di bawah pengaruh dadah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN