Hukum ubah ciptaan termasuk cukur bulu kening

Hukum ubah ciptaan termasuk cukur bulu kening

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hukum ubah ciptaan termasuk cukur bulu kening

 

SOALAN
Islam menggalakkan umatnya supaya berhias cantik tetapi tidak dibenarkan mengubah kejadian. Kenapakah mencukur kening sebagai cara berhias mencantikkan diri dilarang agama?

Sue
Bangi

JAWAPAN
Islam adalah agama yang cantik dan indah bahkan Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Namun kecantikan itu diikat dengan ketidakterlaluan dan pembaziran dan serta mengubah ciptaan sebenar iaitu mengubah ciptaan asal agar tidak membawa kepada penipuan seperti mencukur kening. Adapun sekadar mengemas bulu kening berlebihan adalah diharuskan.

Logo halal jamin makan halal dan bersih

SOALAN
Saya musykil apakah ketetapan yang perlu kita ambil jika ragu-ragu status halal haram makanan yang kita ambil. Adakah hal macam dikira syubhah?

Osman Damanhuri
Kajang

JAWAPAN
Logo halal adalah menjaminkan makanan halal dan bersih. Adapun kedai makan Muslim yang tidak mempamerkan logo halal, maka hukum asalnya adalah halal cuma dibimbangi tidak bersih.

Sunah memakai minyak wangi

SOALAN
Apakah hukumnya memakai minyak wangi?

Abang Din
Kurang faham

JAWAPAN
Hukum memakai wangi adalah sunah namun untuk wanita cukup sekadar menghilangkan bau badan dan jangan keterlaluan kerana ia boleh mengundang perkara-perkara yang tidak baik.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN