Hasil rompakan emas di Sungai Golok sudah dibawa lari ke Malaysia

Hasil rompakan emas di Sungai Golok sudah dibawa lari ke Malaysia

RAKAMAN kamera litar tertutup menunjukkan sekumpulan lelaki merompak sebuah kedai emas di Pasar Raya Big-C, Sungai Golok, Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT: Pihak berkuasa Thailand percaya barang kemas bernilai lebih RM3.11 juta yang dilarikan sekumpulan perompak dari sebuah kedai emas di Sungai Golok, kelmarin sudah dibawa lari ke Malaysia.

Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, Pasukan Polis Wilayah 9, akan meminta bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan kumpulan terbabit serta emas yang dilarikan itu.

“Penyelarasan dengan pihak Malaysia adalah penting untuk memburu kumpulan terbabit dan memperoleh semula emas yang dicuri.

“Laporan awal menunjukkan bahawa emas telah diangkut ke negara jiran Oleh itu, tindakan lanjut sedang diambil, termasuk berkoordinasi dengan pihak berkuasa negara jiran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber berkenaan mendakwa Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani dipercayai bertanggungjawab dalam rompakan itu sebelum melarikan diri ke Malaysia dengan meninggalkan dua kenderaan yang digunakan di daerah yang bersempadan dengan negara jiran.

Katanya, Panglima Tentera Darat Thailand, Jeneral Pana Klaewplodthuk, akan melawat Selatan Thai untuk mengetahui maklumat lanjut kejadian dan memantau situasi keselamatan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, seramai 10 lelaki menggunakan senjata perang jenis M16 dan AK104 serta pistol melarikan barang kemas bernilai hampir RM3.11 juta selepas merompak sebuah kedai emas di Pasar Raya Big-C, dekat sini semalam.

Kejadian pukul 6.30 petang itu berlaku ketika orang ramai sedang membeli-belah di pasar raya berkenaan.

Menurut jurucakap polis, semasa kejadian, kumpulan perompak itu masuk ke kawasan parkir kawasan pasar raya tersebut menggunakan trak pikap.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN