Hanya 25 peratus pemandu e-hailing terima manfaat

Hanya 25 peratus pemandu e-hailing terima manfaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembukaan kuota subsidi RON 95 kepada lebih 52,000 pemandu e-hailing bakal  memberi impak positif namun ia hanya melibatkan 25 peratus sahaja daripada keseluruhan pemain dalam ekonomi gig itu.

Presiden Perkhidmatan e-Hailing dan Penghantaran Malaysia (Medo) yang juga Ketua Aktivis Gabungan e-Hailing Malaysia (GEM), Jose Rizal berkata, petrol adalah keperluan penting bagi pemandu e-hailing untuk memastikan operasi mereka berjalan lancar jadi subsidi yang diberikan sememangnya memberi impak positif.

“Ini langkah positif yang membuktikan kerajaan masih mengiktiraf beban kos operasi yang ditanggung oleh pemandu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Mengulas pembentangan Belanjawan 2026 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam katanya, kerajaan perlu melihat semula kemas kini data pemandu dan penentuan penerima subsidi agar lebih ramai pemandu e-hailing dapat manfaat itu.

Tambahnya, subsidi itu membantu mengurangkan beban bahan api dalam jangka pendek tetapi dari sudut jangka panjang, perlu ada strategi pemberdayaan yang lebih menyeluruh seperti perlindungan sosial, dana kecemasan dan peluang latihan semula.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN