GV Ride tambah baik sistem, nilai semula kehendak pemandu, penumpang

GV Ride tambah baik sistem, nilai semula kehendak pemandu, penumpang

Kabeer Maand
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengendali perkhidmatan e-hailing tempatan, GV Ride mengambil langkah untuk menangani maklum balas dan kebimbangan terkini daripada pengguna serta pemandu khususnya di sekitar Subang Jaya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kabeer Maand berkata, pihaknya mengakui cabaran dihadapi ketika awal pelancaran perkhidmatan ini dan telah mengambil langkah proaktif bagi memperkukuh operasi, kualiti perkhidmatan dan penglibatan pemandu.

“Fokus kami kini adalah untuk membina semula kepercayaan dan memberikan nilai sebenar kepada pemandu serta penumpang.

“Kami telah belajar daripada kesilapan lalu, dan kali ini kami akan kembali dengan lebih kuat dengan sistem yang lebih baik, sokongan yang dipertingkat, dan pendekatan berteraskan manusia,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pihaknya juga telah menyusun semula pasukan dalaman dengan melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) perkhidmatan lebih ketat, serta memperkenalkan inisiatif baharu bagi memastikan pengalaman pengguna yang lebih lancar.

Sebelum ini, GV Ride melancarkan kempen ‘Free Rides Subang’ atau ‘tambang percuma’ sepanjang April lalu kepada penduduk dan pengunjung di sekitar Subang Jaya.

Kabeer berkata, promosi itu terhad kepada jumlah subsidi RM500,000 dan akan berakhir sebaik sahaja peruntukan ini digunakan sepenuhnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN