Guna kicap tidak minta izin, pembantu rumah didera majikan 

Guna kicap tidak minta izin, pembantu rumah didera majikan 

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak meminta kebenaran mahu menggunakan kicap, seorang pembantu rumah dipercayai didera majikan dalam kejadian di Serdang dekat sini pada 19 Oktober lalu.  

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, wanita warga asing berusia 47 tahun itu telah dimasukkan air panas ke dalam mulutnya oleh majikannya iaitu wanita tempatan berusia 59 tahun.

Mangsa juga sebelum ini dikatakan pernah didera mangsa termasuk di bahagian dada sehingga luka dan bernanah, disimbah air panas ke kaki dan ditendang sehingga patah gigi. 

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, seorang lelaki menerima mesej daripada adiknya di WhatsApp memaklumkan kejadian itu berlaku di rumah. 

Menurutnya, pengadu kemudian menghubungi adiknya yang memaklumkan pembantu rumah didera ibunya dengan memasukan air panas ke dalam mulut wanita itu kerana tidak memberitahu mahu menggunakan kicap untuk makan.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan seorang wanita tempatan (majikan) pada pukul 1 pagi, Isnin lalu sekali gus turut menyelamatkan mangsa untuk tindakan lanjut. 

“Susulan penahanan itu, polis turut menahan suami suspek iaitu lelaki berusia 59 tahun, semalam,” katanya dalam kenyatan di sini hari ini.    

Siasatan kes dijalankan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 326 Kanun Keseksaan.   

Kes sudah dirujuk kepada Pejabat Jabatan Peguam Negara dan sudah mendapat arahan tuduh kedua-dua tangkapan mengikut Seksyen 13(a) ATIPSOM 2007 dibaca Bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan atas kesalahan pemerdagangan orang dengan cara ancaman.  

Pertuduhan dibuat di Mahkamah Sesyen Klang hari ini dan kedua-dua tertuduh tidak mengaku bersalah. Setiap tertuduh ditawarkan jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN