Fiesta kebudayaan dan makanan warisan MBSJ 2025 kembali

Fiesta kebudayaan dan makanan warisan MBSJ 2025 kembali

mbsj
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA:  Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) akan menganjurkan Fiesta Kebudayaan dan  Makanan Warisan MBSJ 2025 pada 22 hingga 23 November 2025 di Subang Parade,  Subang Jaya.

Penganjuran kali kedua ini merupakan inisiatif berterusan MBSJ dalam  memperkasa serta memelihara warisan seni budaya pelbagai etnik di Malaysia  khususnya di negeri Selangor. 

MBSJ dalam satu kenyataan memberitahy  fiesta ini memperkaya penghayatan masyarakat terhadap kepelbagaian budaya sebagai  teras perpaduan negara melalui penglibatan aktif komuniti yang menzahirkan  keharmonian dalam kepelbagaian.

Penganjuran ini turut memperkasa pembangunan  bakat generasi muda serta melestarikan warisan di samping menyokong pertumbuhan  ekonomi komuniti melalui penyertaan usahawan tempatan dalam jualan dan pameran  makanan warisan.

Pelaksanaan ini menyokong aspirasi menjenamakan bandar raya  Subang Jaya sebagai bandar raya progresif, inklusif dan sebuah destinasi pelancongan  budaya. Inisiatif ini sekali gus menjadikan fiesta ini sebagaidaya tarikan unik yang wajar  dialami semua.  

Fiesta ini mensasarkan penglibatan seramai 500 peserta merangkumi penggiat seni,  golongan belia, pelajar sekolah serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta,  penduduk dalam kawasan pentadbiran MBSJ bersama pelancong dari dalam dan luar  negara.

Pada awal tahun ini, pihak Majlis telah menganjurkan Bengkel Tarian Nasi  Ambeng dan Bengkel Koir untuk sekolah rendah dan menengah di bawah seliaan MBSJ.  Justeru, pertandingan kebudayaan ini diadakan sebagai pengiktirafan terhadap para  peserta bengkel berkenaan, sekali gus memberi peluang untuk mempamerkan bakat  yang telah diasah. 

Selain itu, kehadiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta badan berkanun Kerajaan  Negeri Selangor turut dijangka sebagai rakan strategik dalam memperkukuh  pembangunan sektor kebudayaan dan pelancongan di Subang Jaya. 

Pelbagai pengisian menarik akan dilaksanakan sepanjang penganjuran yang  merangkumi Pertandingan Tarian Nasi Ambeng dan Koir Sekolah Rendah dan Menengah; Pertandingan Nyanyian Lagu Irama Malaysia dan  Pertandingan Kompang Berirama Terbuka.

MBSJ mengalu-alukan kehadiran semua untuk memeriahkan fiesta ini sekali gus  meraikan keindahan warisan seni budaya negara dalam suasana harmoni dan inspiratif.  Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi www.mbsj.gov.my dan ikuti saluran media  sosial rasmi MBSJ. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN