Pelakon Godzila vs Kong maut dalam nahas jalan raya - Utusan Malaysia

Pelakon Godzila vs Kong maut dalam nahas jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARYLAND: Pelakon, Kaylee Hottle, 18, maut dalam nahas jalan raya di sini, hari ini waktu tempatan.

Kematian pelakon filem Godzila vs Kong itu disahkan dengan menggunakan bahasa isyarat oleh bapanya, Joshua Hottle dalam siaran langsung di Facebook.

Berita duka itu kemudian disahkan oleh portal TMZ.

Kylee menerima pelbagai pengiktirafan hasil peranannya sebagai Jia dalam filem tersebut.

Beliau turut tercalon sebagai penerima Saturn Award kerana kebolehan lakonannya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN