PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah dijangka menyaksikan pertembungan lebih 11 penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini. Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr. Romzi Ationg berkata, situasi tersebut disebabkan beberapa faktor termasuk kekeliruan pakatan politik, kemunculan lebih ramai calon individu bebas dan parti baharu tempatan yang mahu meletakkan calon di kawasan strategik. Katanya, antara kawasan…