Dua lelaki tempatan ditahan seludup beras Siam

Dua lelaki tempatan ditahan seludup beras Siam

TRELER membawa muatan 40,000 kg beras putih Siam yang ditahan PGA di susur keluar Plaza Tol Gurun, awal pagi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GURUN: Cubaan dua lelaki tempatan membawa beras putih Siam yang disyaki diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan gagal apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di susur keluar Plaza Tol Gurun, awal pagi semalam.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Perak, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, kejayaan itu diperoleh hasil intipan dan risikan Cawangan Risik, Briged Utara sejak sebulan.

“Dalam operasi kira-kira pukul 4 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Risik memeriksa sebuah treler yang membawa muatan beras dianggarkan 40,000 kilogram (kg) dengan nilai RM560,000.

“Pemandu dan kelindan berusia 20 dan 50 tahun ditahan setelah mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan muatan beras yang dibawa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, treler dan kesemua beras itu dirampas untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 7(2) Akta 522, Akta Kawalselia Padi dan Beras 1994.

“Hasil siasatan awal, beras itu disyaki diseludup menerusi sempadan di utara tanah air dan disyaki dibawa untuk edaran ke pasaran tempatan.

“Bagaimana pun kita sedang melengkapkan siasatan bersama pihak Kawal Padi dan Beras Kedah untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana beras putih itu diseludup dan lokasi sebenar penghantaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×