ISKANDAR PUTERI: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga etnik Rohingya yang dipercayai aktif mencuri kabel dalam dua serbuan berasingan, minggu lalu. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, tangkapan pertama dilakukan pada 27 September lalu di Gelang Patah membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun. “Susulan penahanan itu, polis menahan rakannya, lelaki warga Rohingya berusia 31 tahun di Taman Cahaya Kota, Masai, pada 29 September lalu,”…